Wednesday, January 04, 2012

Al- Fatihah Buat Arwah Datuk Salleh Majid



Berita semalam betul-betul mengejutkan aku. Datuk Salleh Majid meninggal dunia. Al- Fatihah buat arwah. Sebelum ni, dalam 3-4 minggu yang lepas , aku tunggu je kolum arwah dari Utusan Malaysia setiap hari Sabtu, tapi dah lama takde. Hairan juga. Aku sangat suka membaca apa yang arwah tulis, betul-betul membina otak dan memberi inspirasi. Aku sangat kagum dengan arwah di dalam bidang ekonomi. pada aku, arwah memang antara genius ekonomi kat Malaysia ni selain Tun Daim. Aku pernah pergi dengar talk arwah dulu, memang terbaik. Walaumacamanpun , arwah tetap sumber inspirasi aku dalam berniaga. semoga roh dicucuri rahmat. Amin. THANKS FOR THE INSPIRATION AND SPIRIT.

Friday, December 30, 2011

Uitm

semalam aku dapat sms dari uitm. aku kena pergi interview untuk pengajian master aku bulan januari depan. Harap-harap berjayalah nanti jawabnya. Sebabnya yuran kat uitm je murah hehehehehe.

sebelum ni aku dapat offer buat MBA kat unisel. Aku kena tolak sebab-sebab tertentu, terlalu sibuk dengan kerja dan urusan-urusan yang tidak sepatutnya. maklumlah, keturunan aku keturunan workaholic, jadi darah keturunan mesti ada punya.

harap-harap semua yang di rancang berjalan lancarlah tahun depan. phew!

Saturday, December 24, 2011

travel

Pasport mati bulan september depan. barang semua dah ready. Visa nak submit, but Dr. marteen dah kilat, jaket dah penuh patches.

yes, tak sabar nak ke Tokyo ni. hait!

2011

Dalam tahun 2011 ni banyak masalah yang menimpa aku. bertingkat-tingkat. makin mencabar-cabar. dalam usia aku yang baru menempuh alam pekerjaan selepas tamat belajar, bermacam pengalaman yang aku hadapi. memang berliku habis lah. Takpelah pengalaman.

Minggu lepas , aku selesaikan kes aku kena kencing dengan seorang penipu yang dah rembat duit aku sebanyak rm 40,000. Nasib baik dapat tangkap, sekarang tunggu naik mahkamah je untuk aku dapatkan balik duit aku tu. Puas juga nak tangkap, nasib baik ada kawan-kawan yang terlibat dalam gengster membantu. Kalau tau, memang hangus gitu jelah duit aku. kes aku dah keluar berita, paper semua. Kira ni last masalah yang menimpa aku tahun 2011 ni.

Harap tahun 2012 datang dengan nasib yang baik lah. Amin

Monday, December 05, 2011

Putus

Dulu aku selalu gelakkan orang yang baru putus cinta. Beria sangat nak nangis lah, kemaruk lah, jiwa kacau lah, apa lancau lah.

Sekarang aku dah dapat apa yang tak sepatutnya aku dapat.

Syukur

Ya, perubahan yang baru. Perubahan dari semua bentuk .

Terima kasih ya Allah, kerana aku masih boleh bernafas.